Jika anda bersetuju dengan tawaran, sila buat bayaran pengesahan terima tawaran mengikut jumlah dan tempoh seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran..
Bayaran boleh dibuat secara atas talian berasaskan perbankan Internet dan telefon mudah alih.
Bayaran secara atas talian (Online) melalui perkhidmatan FPX boleh dibuat melalui capaian http://application.kptm.edu.my/confirmation/.

Rajah i. Capaian online http://application.kptm.edu.my/confirmation/
Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Untuk pembayaran melalui FPX, caj bank sebanyak RM1.00 akan ditanggung oleh pemegang akaun. Berikut adalah senarai Perbankan Internet yang boleh dibayar melalui sistem bayaran online:

Rajah ii. Senarai bank-bank yang menyertai FPX
Semua calon pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran YURAN PENGESAHAN. Pihak Kolej Poly-Tech MARA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran pengesahan tersebut. Calon akan menerima emel daripada FPX selepas bayaran berjaya dibuat. Sila cetak emel ini dan bawa semasa hari pendaftaran.
|